Begitu Besar nabi Ibrahim Berqurban

Syiekh Ibnu ‘Ajibab rhm  berkata..

“Apabila Hamba telah bergantung kepada sifat-sifat rububiyyah , mentakbirkan diri dengan sifat-sifat ububiyyah, beradab bersama Tuhannya , serta bersifat bina diri dan terdesak kepada-Nya, maka ketika itu dia akan didatangi berbagai kurniaan yang bertalu-talu . Dengan itu, dia mencapai kemuncak cita-cita iaitu sampai ke hadrat al-Quds dan tempat ketenangan  yang menghilangkan rasa sunyi , tanpa sebarang helah dan usaha”

Petikan Bayan Maghrib maulana Syauqat pada 12/6/2010…

Ketika Nabi Ibrahim A.S meninggalkan anak dan  isteri di lembah yang kering kontang..baginda Ibrahim a.s telah berdoa supaya Allah Taala mewujudkan satu ummat yang mereka menjadikan tabiatnya(mizajnya) mereka mengorbankan setiap titik darah mereka,mengorbankan  diri dan harta mereka untuk agama Allah..

kerana ketika baginda berdoa, Ibrahim a.s berkata

 Dengan printah Mu Ya Allah aku telah pergi ke namrud laknatullah sehingga aku dicampak ke dalam api,Dengan perintah Mu Ya Allah aku telah tiggalkan isteriku dan bayiku,Dengan perintah Mu Ya Allah aku dah menyembelih anak kesayanganku..Oleh itu,KAU  terima ummat ini dan mizaj ummat ini tabiat untuk korban diri mereka harta mereka untuk menegakkan agama-Mu ya Allah..Maka Allah terima doa Ibrahim a.s

sehingga tabiat ummat ini allah beritahu pada nabi s.a.w..katakalah pada ummat mu wahai nabi s.a.w…

 Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (At-Taubah ayat 24)

Dan Allah pilih baginda Muhammad s.a.w jadi ummat ini..dan Allah perintah nabi…

Wahai nabi,ikutlah jalan Ibrahim a.s yang membawa manusia ke jalan lurus…

Nabi tarbiyyah ummat ini dengan pengorbanan diri harta tanpa melihat kesenangan..tanpa melihat isteri,meletak kepentingan agama di depan..

Sehingga makkah dulu terkenal dengan pembunuhan bayi perempuan..sehingga sesiapa yang tidak berani untuk bunuh bayi perempuan, maka serahkanlah kepada umar al-khattab,dia tidak ada belas kasihan pun terhadap mereka…


Sehingga begitu tahap sahabat dahulu,tapi bagaiman Nabi s.a.w dan sahabat nabi s.a.w telah berkorban...
asbab pengorbanan mereka..Allah ubah bumi mekah madinah..:)

Itu sedikit petikan bayan maulana syauqat yang beri jazbah pada ana untuk terus kekal dalam usaha ini..semoga Allah kekalkan dan terima ana dalam usaha ini..sebenarnya banyak lagi..tapi panjang sangat la..sesape nak bayan tu boleh la pm ana kat FB atau pm kt email ana..

Teringat pesan seorang sahabat..

Anta ibarat seorang pemandu kerete yang sedang bergerak sendirian,dan akan tiba satu masa nanti anta akan menjemput teman seperjuangan anta..anta akan menjemput isteri dan anak-anak anta turut sama dalam perjuangan ini..perjuangan menegakkan agama Allah…maka berdoalah semoga Allah mengurniakan seorang isteri yang begitu memahami anta dalam usaha agama ini..terjun ke usaha ini bersama mereka..selagi isteri dan anak2 anta tak terjun dalan usaha ini,selagi itu mereka tidak akan faham dalam usaha ini :)..

jazakallah sahabat..dan moga Allah pilih keturunan kita semua dalam usaha ini..8’-)…
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH INI
Tags:
JANGAN LUPA KLIK TOMBOL SUKA DIBAWAH INI

0 comments

Post a Comment